SUKA BLOG JELLYBEAN? TEKAN LIKE :)



Monday, May 30, 2011

JAHIT BAJU SENDIRI YOUUUU!

Assalamualaikum :)

First try nak jahit ok! Biasanya jahit manik je, tak penah pon terfikir nak jahit baju. Tiba-tiba dapat ilham lak. Haha

Anyway, pergi HOMEDECO baru- baru ni ternampak almari sangkut yang ala-ala vintage gitu. Yang comelnya ada scalloped edge. Tenung lah lama-lama ,agak-agak bila aku boleh beli satu almari kecik ni harga 1k +

Tiba-tiba dapat idea nak buat baju, konon nak jahit sendiri walaupon tak ada asas menjahit pon. Konon nak buat baju scalloped lah, konon nak tiru almari dekat HOMEDECO tu.

Balik rumah, ambik kertas ,try-try sketch baju scalloped dan walaupon sekali lagi aku tak ada asas langsung melukis.

Malu mak aihh nak tunjuk!

Okay okay okay. Aku tau, lukisan ni buruk nak mampus okay. Aku tahu adik aku lukis lebih cantik dari ni. Aku tahu adik korang buat lagi terer lah , dan korang pon lebih power dari aku. Aku admit lah tak pandai langsung nak lukis ni. Haha buruk gila.

Korang nak kutuk, sila, sila sila. One , two , three GO!

Aku tak kaler lagi lah lukisan ni, sampai lah aku drop by dekat kedai kain. Aku beli kain chiffon dua kaler la. 2meter each

Aku guna surat kabar jadi pola kira ok la hahaha recycle kan. Aku tak berapa pandai nak bajet bentuk body tapi aku draft besar-besar punya size terus , nanti leh kecik kan, kalau kecik tak leh nak besarkan dah. Ke macam mana? Ahhh lantak!
Pastu aku pon lipat kain jadi dua, aku letak pola ni atas kain, aku POTONG! Jadi cenggini.
Baru satu kain la. Aku letak kain aku potong tadi atas kain yang aku tak potong lagi. Kan dua layer. Aku pon jahit lah. Jahit punya jahit punya jahit..
Last - last baru sampai dekat edging tu aku nak ukir jadi scalloped. Aku ambik kertas manila, aku lukis lah scalloped tu . Pastu aku letak atas kain, aku potong! Jadi lah macam ni....
Ni edge punya lah yang bawah, aku buat dua-dua layer la scalloped tu. Dan korang nampak tak aku kerat macam V tu dekat hujung scalloped tu. Sebab nanti bila nak terbalikkan senang lah nak gosok dan tak nampak buruk.

Tak faham eh? Tanya tailor lah aku pon tak reti nak jelas macam mana. Aku dah le tak pandai jahit, nak cakap cara-cara jahit lah. Memang muka tak malu betul. Haha Ok sambung!
Pastu baju aku jadi macam ni
Agak buruk lah sebab aku jahit tak berapa kemas. Biasala first try kan. Tapi gambar atas tak siap lagi tau.
Dan hasil nya jadi lah macam ni...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Hepi gila okay dapat pakai baju hasil titik peluh sendiri. Cehh! Sampai aku pergi kedai McD, kakak kaunter tanya aku "Baju tu jahit sendiri eh?"

Punya maluuuu gila nak mengaku.Awat? Buruk ka? Nampak sangat ke benang jahit tak betul? Adoii! Aku angguk lah pelahan-pelahan. Nasib aku baik kakak tu suka baju aku. Haha. Tima Kasih lah kak, hasil tangan tak berapa nak menjadi tapi selesa pakai lah.

Weeeewittt! Tunjuk beg baru haha.

Photographer : Falcon Phoenix


KALAU KORANG RASA BAJU AKU NI KIRA BOLEH TAHAN JADI LA KAN? HAHA TEKAN LIKE EH!

Tuesday, May 24, 2011

SAPA BERANI BUAT MACAM NI DEKAT PUBLIC?

Assalamualaikum :)

Korang layan ni.Konfem pecah perut.

BEST TAK ENTRI NI? JANGAN MALU-MALU NAK TEKAN LIKE :)

PENGANTIN BUNUH DIRI

Assalamualaikum :)

Mungkin korang ada terbaca news dalam paper The Star, ada setengah paper kuar, ada setengah tak. Tapi aku nak tunjuk jugak walaupon hal ni dah seminggu berlalu

Aku tunjuk dekat member-member pon diaorang cam "AH? SIYES WEH?". Aku ingat kan hal ni dah heboh kot.

Ni haaaa, pasal awek cina bunuh diri pakai baju pengantin.

Berlaku dekat Changchun, China. Bergema-gema orang lari kuar tengok dari tingkat 7. Ni baru mencabar wak luhhh, dari yang berdiri atas KB Mall. Tingkat tiga je tu dik.

May 17th, pukul 3pm China, amoi putih melepak umur 22tahun yang berpakaian baju pengantin nak terjun dari tingkat 7 di bandar Changchun, kat jalan Guiyang, China.

Amoi gaun pengantin duduk kat ambang jendela ketiga dari sudut bangunan.


Amoi tu nampak sangat tertekan, dia menderita keluhan yang teramat sangat cakap sumber media lah, dan lepas beberapa minit duduk atas sana,dia start menangis jerit-jerit. (ni sumber media gak)


Pukul 4:21:28, amoi ni terus menangis, tak lama kemudian dia jerit teresak-esak sambil cakap "aku melompat!", Saat amoi tu lompat dari ambang jendela. Habis sume orang mengkhawatirkan keselamatan amoi ni,tak lama pastu, ada lengan hero lah datang tangkap lengan amoi ni dari aras tujuh tu, hero tu tangkap leher amoi ni, dengan lengan kiri menjangkau turun gaun dia tu.


Akibat hero tu guna terlalu banyak kekuatan, tubuh bahagian atas heri tu jadi membanting kat tingkap dengan kuat lah konon bunyi "bangg", tak lama pastu, hero ni macam nak terheret keluar tingkap gak. Gerun wehh.


04:21:30, Hero ni guna semua kekuatannya , dan untuk menjaga keseimbangan, untuk mengelakkan jatuh ke bawah dengan amoi tu, dia tekan perut dia ke ambang jendela, dalam mediacakap muka dia jadi putih pucat sebab tenaga guna banyak sangat. Pastu tak lama kemudian hero tu guna kedua-dua tangannya untuk menarik lengan amoi tu naik ke atas, hero angkat sikit demi sikit

Amoi ni menggantung diri dia ke udara. Phewww seram youuu. Eh Eh. Lawo lak heels dia. Awak, kalau ye pon nak bunuh diri, bak mai heels tu dekat saya. Kira sedekah lah ya.

04:21:35,pekerja bangunan tu naik atas nak tolong gak, untuk menahan ke tubuh hero tu dan juga untuk angkat amoi tu. (berat bebenor mungkin amoi ni) . Pada masa yang sama, pekerja tingkat 6 juga nampak kaki amoi itu tergantung. "Push up!" Ada lagi satu mamat hero duk tolak kaki amoi tu di ambang jendela bawah

04:22:22, tubuh bahagian atas amoi tu akhirnya benar-benar dalam tetingkap dan beberapa orang dalam tarik seluruh tubuhnya masuk. Pada saat tu, hero tu cakap kat amoi tu lah "Ko kawin dengan aku je ahh" Haha. Takde lah. Acah je, ni bukan dari media tau. Aku memandai je ni.

Haa ni lah rupa hero kita tadi tu.. Nama dia Guo Zhongfan. Pasni mintak otografSemat sakan ! Memang femes amous la abang dapat selamat amoi in wedding dress tu. Eh tiba-tiba teringat lagu Tae Yang lak. See you in the wedding dress. Cehhh~

Habis orang kerumun tengok aksi amoi tadi. Tak de lah ramai mana pon, tingkat tunjuk tu. Aritu budak KB Mall tu nak terjun tingkat tiga je, dah macam dalam stadium layan bola gamaknya. Fuhh!

Oh ya! Aku lupa lak nak gitau kenapa amoi ni nak bunuh diri. Haa pasal bercinta lah sebenarnya. Dia kapel dengan mamat ni dah 4tahun lebih,lagi 3minggu kot dia nak langsungkan perkahwinan,mamat tu terus mintak clash. Mungkin dah banyak duit guna nak buat kahwin, lek lek mak timang je mamat tu nak putus. Tu yang amoi ni frust sangat. Sabar lah ye LinXi, hero tu apa kurang nyeeee hehehe.

Ni video dia sebenar. Kalau korang tak faham aku potpetpotpet dekat gambar tadi, leh lah layan video ni sambil dengar lagu Tae Yang, sebab apa? Video ni boring , macam tak ada effect sangat. Hahaha.




SUKA ENTRI NI? TEKAN LAH LIKE :)

Sunday, May 22, 2011

ANAK PATUNG HIDUP

Assalamualaikum :))


Serius terkejut. Serius! Memang untung lah perempuan ni aku cakap lu. Muka dia sejibik macam anak patung animasi. Agak-agak mak dia buyung dengan tengok citer animasi kot masa mengandung budak ni.

Moh torjah!

Name: Wang Jia Yun 王嘉韻

Date of Birth: Jun 18, 1993

Height: 164 cm

Weight: 42 kg

About: Nama amoi ni Wang Jiayun, baru umur tujuh belas taon (tersentak!) lahir di Kowloon, Hong Kong, pastu pindah pi China dekat Shenzhen. Yang gedebaknya Wan Jiayun ni jadi top search topic dalam internet especially rated dekat South Korea, Taiwan dengan China. Amoi ni orang label dia sebagai live action blow-up doll.

Untung gituu.Aku tengok amoi ni tepi jalan, aku nak snap snap picture dengan dia. Bangga woo dapat bergambar ngan anak patung.

Korang tengok mata dia bulat besar macam bola golf, sharp oval face, dagu tajam melentik, body sexy yang kurus keding , kaki lurus putis melepak, dah macam watak Final Fantasy yer tak?

Sekarang, mana kita boleh tempah satu!? Wang Jia Yun yang memiliki sebahagian besar awek Korea gila nak berteman dengan dia!

Bukan setakat Korea lah agaknya!. Menurut blog , dalam status dia cakap (aku tak tau status dari apa, facebook ke twitter ke hape ke) yang dia ni hanyan manusia biasa, she just wants a normal life . Konon lah bajet orang anggap dia cam artis kot.

last-last bila media massa dapat tahu yang sebenar Wang Jiayun yang sebenar benarnya , ni lah tuannya

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

korang terkejut tak?

Bila dah revealed dia edit dengan fotoshop sebenarnya. Perrghhhh! aku mula-mula tengok mati matian ingat anak patung hidop. Memang la expert photoshop amoi ni.

Dan menurut sumber, lepas dapat tahu yang muka sebenar dia ni tak rupa biras anak patung langsung, ramai peng-surf internet kutuk dia habis-habis lah kan. Konon marah lah dia ni fake hape semua. Dan yang tak tahan ada gak mamat sorang ni kata hampir-hampir fall in love sebab rupa dia. Lawak betul.

Dah kena maki sumbat hamun herdik segala, amoi Jiayun ni pon lari lah dari alam maya ni. Dulu dia selalu gak activated blog dia. Sekarang dah hilang entah ke mana

Blog dia kata SINI

Jadi aku rasa tak ada lagi kot manusia yang seakan-akan anak patung anime. Atau ada tapi tersembunyi.

SUKA ENTRI NI? TEKAN LIKE :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...